fbpx
KANAK-KANAK lelaki berusia 11 tahun itu dihantar sendirian oleh ibunya ke Slovakia untuk mencari saudara-maranya. - yourtango.com

Budak Ukraine kembara seorang diri 1,000 kilometer ke Slovakia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRATISLAVA – Seorang pelarian Ukraine yang baru berusia 11 tahun melarikan diri ke Slovakia dari bandar Zaporizhzhia di mana tentera Rusia menawan sebuah loji tenaga nuklear pada minggu lalu, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ibu budak lelaki tersebut terpaksa tinggal di Zaporizhzhia untuk menjaga emaknya yang sakit. Wanita itu menghantar anaknya menaiki kereta api sejauh 1,000 kilometer untuk mencari saudara-mara mereka di Slovakia.

Kenyatan wanita itu kepada kerajaan dan polis Slovakia adalah untuk menjaga anaknya. Dia menyatakan permintaan tersebut dalam satu rakaman video.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Slovakia, kanak-kanak itu tiba bersendirian dengan membawa beg plastik, passport dan nombor telefon yang tentera di tanganya sebelum disatukan semula dengan keluarganya di ibu negara Slovakia, Bratislava.

Senyuman kanak-kanak itu memikat hati semua orang di sempadan yang memujinya sebagai seorang ‘wira hebat’.

Sukarelawan kemudian membawanya ke tempat perlindungan lalu memberinya makanan dan minuman. Mereka kemudian dapat menyatukan budak lelaki itu dengan keluarganya di Bratislava. 

“Di negara kecil anda, ada orang yang berjiwa  besar. Tolong selamatkan anak Ukraine kami,’’ tulis ibu kepada kanak-kanak itu, Yulia Volodymyrivna Pisecka. – Agensi

POPULAR