fbpx
SEDAR diri sering dilabel sebagai pengacara bersuara bingit, Fiza Frizzy mengambil inisiatif menghadiri kelas vokal untuk mengawal ton suara. — AMIR KHALID

Ikut kelas vokal, ramai kata suara saya bingit – Fiza Frizzy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menyedari dirinya sering dilabel sebagai pengacara bersuara bingit, Fiza Frizzy mengambil inisiatif menghadiri kelas vokal untuk mengawal ton suara.

Menurut Fiza atau nama sebenarnya Nur Hafizah Md. Saaf, 38, dia menghadiri kelas vokal bersama penyanyi dan guru vokal terkenal, Noryn Aziz.

“Sebenarnya saya dapat banyak komen yang mengatakan suara saya bingit. Sebagai seorang pengacara saya sentiasa mengambil kira pandangan penonton.

“Tak kisahlah berapa puluh tahun pun kita menjadi pengacara, ada banyak lagi benda yang perlu kita belajar terutamanya dalam mengawal suara.

“Selain suara bingit, saya perasan saya kerap hilang suara sebab kadang-kadang dalam masa sehari saya ada tiga tugasan.

“Saya mula mengambil jelas vokal ketika diberi tanggungjawab untuk menjadi pengacara One In A Million kerana itu merupakan platform yang sangat besar,” katanya ketika ditemui pada sidang media AJL40 Pandangan Pertama, di sini, baru-baru ini.

Tambah Fiza, sejak menghadiri kelas vokal, banyak perubahan yang dialaminya terutamanya isu kehilangan suara tidak lagi terjadi.

“Sebenarnya ada pelbagai teknik lontaran suara. Noryn Aziz ajar saya sambil main piano untuk cari ‘key’ suara saya seolah-olah saya ialah seorang penyanyi.

“Suara apa yang perlu digunakan jika berhadapan dengan ‘crowd’ yang ramai. Suara apa nak digunakan bila tekak hampir nak hilang suara. Kena guna suara hidung. Itu semua antara apa yang diajar,” kongsinya.

Ditanya adakah dia terguris dilabel sebagai pengacara bingit, kata ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, dia sentiasa positif dan terbuka untuk penambahbaikan.

“Kalau kita ambil hati dengan kata-kata orang macam mana kita nak kekal relevan dalam industri ini. Saya mahu kekal relevan, sebab itu saya ambil segala kritikan dan perbaiki diri,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fiza bakal menggalas tugas sebagai hos di acara karpet merah AJL40 bersama Fizi Ali pada 15 Ogos hadapan bertempat di Unifi Arena Bukit Jalil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN