fbpx

MFL benarkan pasukan tangguh perlawanan Liga M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STUART menjelaskan RTG sudah membelanjakan RM3.53 juta bagi membiayai keperluan atlet-atlet dalam program tersebut.

ASPEK keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan pe­nangguhan perlawanan boleh dilakukan sekiranya separuh daripada anggota pasukan disahkan positif Covid-19.

Pendekatan yang memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lawan seperti dilakukan ketika kempen Piala Malaysia musim lalu tidak lagi terpakai dan buat masa ini, sebarang permohonan untuk menangguhkan perlawanan adalah dibenarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya sudah pun melakukan pindaan terhadap Peraturan Perlawanan Tertunda Covid-19 dan permohonan penangguhan ha­nya boleh dibuat jika 50 peratus atau lebih pemain skuad utama serta pegawai yang didaftarkan didapati positif Covid-19 atau kontak rapat bergejala.

“Mungkin sebelum ini kebanyakan pihak masih melihat peraturan lama dalam kempen Piala Malaysia 2021 iaitu pasukan akan dikira kalah jika mana-mana pemain didapati positif Covid-19. Ketika itu, jadual Piala Malaysia berperang dengan masa dan tambahan lagi kewujudan dos penggalak tidak lagi berlaku.

“Tetapi dengan adanya dos penggalak serta lengkap vaksinasi, pindaan Peraturan Perlawanan Tertunda kini mengikut SOP (prosedur operasi standard) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Kelab perlu mengemukakan dokumen antaranya bukti keputusan ujian dan status MySejahtera serta surat pengesahan daripada doktor pasukan.

“Bagaimanapun, jika penundaan aksi berlanjutan sehingga menjejaskan penjadualan perlawanan liga dan kalendar pertandingan MFL secara kese­luruhannya, maka sebarang keputusan dan tindakan adalah tertakluk kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL,” katanya.

Sebelum ini, penganjur Liga Malaysia (Liga M) itu meluluskan permohonan daripada PDRM untuk menangguhkan aksi pertama menentang Kuching City selepas seorang jurulatih dan 14 pemain disahkan positif Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI