fbpx

Banjir Kelantan: Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal terpaksa berpatah semula selepas tidak dapat melepasi banjir di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang hari ini. FOTO YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Kalbok Lima di sini ditutup kepada semua kenderaan ringan ekoran ditenggelami banjir sedalam 0.8 meter.

Tinjauan Kosmo! mendapati, laluan tersebut hanya boleh digunakan oleh kenderaan berat dan pacuan empat roda sahaja.

Rata-rata pengguna laluan itu mengakui terkejut dengan peningkatan mendadak paras air di kawasan berkenaan.

Selain itu, jalan Kuala Kwong ke Panglima Bayu- Tanah Merah, Jalan Lampu Isyarat Cabang 4, Petronas Bandar Rantau Panjang, Jalan Rantau Panjang Lama-Kampung Bukit Lata dan Jalan Pak Teh Kana-KampungTersang hanya boleh digunakan oleh kenderaan berat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI