fbpx

Anggota APM pakai PPE bantu mangsa banjir sedang kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Hulu Terengganu lengkap memakai PPE membantu mangsa banjir yang sedang kuarantin berpindah ke PPS dari PPSK Gunung Menerong, Hulu Terengganu malam tadi.

HULU TERENGGANU – Seramai 26 individu daripada empat keluarga yang sedang menjalani kuarantin diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) setelah rumah mereka di Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Gunung Menerong di sini dilanda banjir malam tadi.

Mereka yang terdiri daripada empat individu positif Covid-19, manakala selebihnya kontak rapat dibantu APM Hulu Terengganu untuk berpindah pada pukul 9 malam.

Pegawai APM Hulu Terengganu, Mohd. Zabri Abd. Razak berkata, kesemua anggota APM terlibat dalam misi memindahkan mangsa banjir itu terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

“Kami menerima maklumat berhubung pesakit dan kontak rapat Covid-19 terperangkap di dalam banjir pada pukul 8 malam (tadi).

“Jalan alternatif melalui Kampung Cheting di sini perlu dilalui berikutan laluan utama iaitu Jalan Pengkalan Ajal- Felda Mengkawang telah ditenggelami banjir,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zabri berkata, kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan dua hingga 58 tahun telah berjaya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Khas Sekolah Kebangsaan (SK) Menerong.

Jelas beliau, PPS itu dikhaskan sebagai pusat penempatan isolasi buat mangsa banjir yang positif Covid-19 dan kontak rapat mereka di daerah terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI