fbpx
DIJANGKITI Covid-19 sehingga keadaan kesihatannya teruk, Elvina bagaimanapun bersyukur kerana kini sudah pun sembuh.

Elvina sesak nafas, sakit dada akibat positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon jelita Datin Elvina Mohamad berkongsi pengalamannya sehingga mengalami sesak nafas selepas dijangkiti Covid-19 varian Omicron pada 16 Februari lalu.

Elvina, 27, tidak menyangka terpaksa berdepan dengan detik sukar selama beberapa hari terutama selepas mengalami gejala sesak nafas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan (oksigen).

“Saya bergelut dan berdepan dengan waktu sukar untuk beberapa hari. Sakitnya itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

“Simptom yang saya alami itu boleh tahan teruk juga sehingga terpaksa guna alat bantuan pernafasan,” katanya.

Ujar pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu lagi, selain mengalami gejala sesak nafas, dia turut berdepan dengan masalah nafas pendek selain berasa sakit pada bahagian dada gara-gara dijangkiti Covid-19 varian Omicron.

Sehubungan itu, Elvina menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mengambil mudah tentang virus tersebut.

“Covid-19 adalah benar. Jangan ambil mudah. Tolong jaga diri dan kekal selamat okay,” ujarnya.

Meninjau dalam Instagram miliknya, Elvina bersyukur selepas sembuh dan sudah kembali ke set untuk menyambung penggambaran drama berjudul Takdir Cinta Dhia.

Bagaimanapun menerusi hantaran dalam InstaStory miliknya, difahamkan penggambaran sedikit terganggu selepas beberapa pelakon lain yang terlibat dalam drama tersebut masih menjalani kuarantin kerana positif Covid-19.

Sekadar info, hari ini negara sekali lagi mencipta rekod baharu kes harian Covid-19 apabila mencatatkan sejumlah 32,070 kes iaitu yang tertinggi setakat ini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR