fbpx

Ketua Hakim Syarie fail penghakiman ingkar terhadap Lokman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokman.

KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Syarie Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar memfailkan penghakiman ingkar terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung saman fitnah mengenai dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa wanita, termasuk seorang ‘Datin’.

Penghakiman ingkar itu dipohon semalam di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, selepas Lokman selaku defendan gagal memasukkan pernyataan pembelaan terhadap tuntutan saman yang difailkan Mohd. Na’im ,54, selaku plaintif.

Perkara itu kemudian disahkan oleh firma guaman Tetuan Akberdin & Co. yang mewakili Mohd. Na’im ketika dihubungi media di sini sebentar tadi selepas pihaknya tidak menerima pernyataan pembelaan selepas tarikh akhir pada 11 Februari lalu.

Penghakiman ingkar merupakan satu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah bagi mengesahkan tuntutan yang dibuat oleh plaintif selepas defendan (individu yang disaman) gagal memasukkan kehadiran atau memfailkan pembelaan mengikut masa yang ditetapkan.

Terdahulu pada 6 Februari lalu, Lokman telah memadam kesemua hantaran (posting) berunsur fitnah terhadap Mohd. Na’im berhubung dakwaan gangguan seksual yang dimuat naik dalam Facebook dan YouTube.

Lokman telah memadam hantaran tersebut dalam tempoh 24 jam seperti mana yang diarahkan oleh mahkamah pada 20 Januari lalu.

Ia setelah mahkamah membenarkan injunksi ex-parte (sebelah pihak) sebelum ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI