fbpx

Sesiapa sahaja yang langgar SOP akan dikompaun – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Dapatan Awalan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) di Dewan Canselor Management Science Univeristy, di sini hari ini.

SHAH ALAM – Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) akan dikenakan kompaun termasuk Menteri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya ada Menteri yang didapati melanggar SOP, individu tersebut tidak perlu meletak jawatan asalkan tindakan kompaun telah dikenakan terhadapnya.

“SOP itu penting, tetapi bukan satu kesalahan sekiranya individu melanggar SOP itu dikenakan kompaun. Tak perlu letak jawatan, yang penting tindakan telah diambil.

“Itu bermakna kerajaan tidak membeza-bezakan antara individu yang melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Dapatan Awalan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) di Dewan Canselor Management Science Univeristy, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan orang ramai yang mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletakkan jawatan selepas didapati melanggar SOP ketika menghadiri program Majlis Pelancaran Briged MIC Johor, di Stadium Tertutup EduCity, Iskandar Puteri, Johor semalam.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, tidak ada konsep golongan atasan tidakan akan dikenakan kompaun, golongan bawahan sahaja yang dikompaun sekiranya melakukan kesalahan melanggar SOP bagi mengekang wabak Covid-19.

“Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan melanggar SOP akan dikompaun termasuk Menteri Pertahanan dan sesiapa sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, SOP bagi Pilihanraya Negeri Johor akan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (PRN) tidak lama lagi.

“SOP PRN Johor akan dikeluarkan oleh SPR kerana Pilihan Raya melibatkan SPR.

“Tetapi saya percaya SPR akan dapatkan pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk SOP. Setakat ini, SOP seperti biasa, jika tiada penjarakan fizikal akan dikenakan kompaun,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI