fbpx

Indonesia sudah capai imuniti kelompok sehingga 86.6 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS kesihatan menyuntik vaksin Covid-19 kepada pelajar Sekolah Rendah Al Azhar, Bandar Lampung bagi kelompok enam hingga 11 tahun pada 20 Disember 2021. - Tribunlampung.co.id/Deni Saputra

JAKARTA – Pakar epidemiologi dari Universiti Airlangga, Indonesia, Windhu Purnomo berkata penduduk Indonesia sudah mempunyai imuniti kelompok bagi tahun ini, lapor laman berita Tribunnews, kelmarin.

“Kita sudah ada imuniti kelompok dari vaksin Covid-19 yang mewakili  60 peratus untuk dos kedua manakala bagi warga emas pula 50 peratus dan ditambah pula dengan peratusan doa penggalak,” kata Windhu.

Menurut Windhu, masyarakat tempatan juga sebenarnya masih tidak mengetahui bahawa mereka yang dijangkiti virus sebenarnya turut memiliki imuniti semula jadi. 

“Tahun lalu, tiada siapa yang sedar bahawa golongan yang dijangkiti Covid-19 turut mendapat imuniti semula jadi.

“Tinjauan Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar dan universiti mendapati 86.6 peratus rakyat Indonesia kini sudah mempunyai imuniti daripada Covid-19 di peringkat komuniti,” jelasnya lagi.

Ini adalah satu berita baik buat masyarakat untuk tidak menjadi panik dengan situasi kes sekarang berbanding ketika varian Delta menyerang.

“Apa yang penting, semua orang kekal mematuhi protokol kesihatan seperti yang disaran kerajaan,” tegasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI