fbpx

22,802 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes jangitan Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Jangkitan harian Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan 22,802 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,019,163 kes.

Menerusi maklumat yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di laman Twitter, daripada jumlah tersebut, 104 kes (0.46 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 22,698 kes (99.54 peratus) kategori satu dan dua.

Mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 5,029 kes (22.05 peratus), kategori dua sebanyak 17,669 kes (77.49 peratus), kategori tiga sebanyak 82 kes (0.36 peratus), kategori empat sebanyak 14 kes (0.06 peratus) dan kategori lima pula dengan lapan kes (0.04 peratus). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI