fbpx

Suami ‘stress’ jika pendapatan isteri lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tugas seorang suami bukanlah mudah kerana merupakan penyara utama di dalam keluarga.

Mereka terpaksa berkorban mencari sesuap nasi siang dan malam, maka tidak hairanlah jika suami stress dengan kehidupanya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, sebuah kajian menunjukkan suami akan stress dan gelisah jika isteri bekerja dan pendapatan mereka melebihi 40 peratus keseluruhan pendapatan keluarga.

“Ini mula terjadi apabila suami dan isteri masing-masing mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000.

Poster Public Health Malaysia mengenai keadaan suami apabila mempunyai pendapatan kurang daripada isteri.

“Malah, keadaan suami akan menjadi lebih stress dan tertekan sekiranya keluarga bergantung penuh kepada pendapatan isteri.

“Contohnya apabila suami hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 manakala isteri mempunyai pendapatan sebanyak RM10,000,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Bagaimanapun, suami akan berasa kurang tertekan sekiranya pendapatan isteri kurang daripada 40 peratus.

“Contohnya apabila suami hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 manakala isteri mempunyai pendapatan sebanyak RM2,000.

Katanya, kemungkinan faktor ini juga adalah punca mengapa lelaki kurang gemar mencari pasangan yang mempunyai sumber kewangan yang lebih tinggi daripada mereka.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI