fbpx
Wanita tersebut menunjukkan duit syiling yang dikumpul dalam masa tiga tahun. – Instagram

Tiga tahun kumpul syiling hampir RM20,000 untuk tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang wanita di  wilayah Kalimantan Barat menjadi tular kerana mengumpulkan duit syiling dalam masa tiga tahun sehingga mencecah 65 juta rupiah (RM18,887), lapor laman berita Suara.com.

Berdasarkan satu perkongsian di laman Instagram, wanita tersebut dikatakan ingin menggunakan wang hasil menabung itu untuk menunaikan umrah.

“Alhamdulillah, hasil menabung selama tiga tahun, dapat mengumpul sebanyak 65 juta rupiah (RM18,887). Bolehlah saya pergi ke umrah,” tulis keterangan pada akaun tersebut.

Hantaran itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata turut mendoakan agar wanita berkenaan dapat menunaikan niatnya itu.

“Semoga perjalanan kamu dipermudahkan dan dilancarkan niat untuk ke Tanah Suci,” kata seorang netizen.

“Pekerja bank pun menangis lihat gambar ini,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI 

POPULAR