fbpx
Dron itu dilihat terbang di atas kediaman peribadi Raja Carl XVI Gustaf dan Ratu Silvia. - Google

Lelaki Rusia terbang dron di kawasan Istana Sweden ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM, Sweden – Seorang lelaki Rusia ditahan polis selepas dia disyaki menerbangkan sebuah dron di dalam kawasan kediaman peribadi keluarga diraja Sweden, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Suspek yang dilaporkan ialah lelaki warga Russia berusia dalam lingkungan 40-an, ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) selepas didakwa mengendalikan dron itu berhampiran Istana Drottningholm yang merupakan kediaman Raja Carl XVI Gustaf dan Ratu Silvia.

Perkara itu telah disahkan oleh jurucakap Polis Sweden, Ola Osterling, namun dia  tidak mendedahkan butiran lanjut.

“Suspek disyaki melanggar Akta Keselamatan Perlindungan Sweden yang melindungi institusi diraja daripada pengintipan, sabotaj, kesalahan pengganas,” jelas Osterling.

Polis Sweden tidak mengesahkan kewarganegaraan lelaki itu tetapi akhbar tempata, Aftonbladet melaporkan  suspek sebagai lelaki Rusia berusia dalam lingkungan 40-an. – Agensi

POPULAR