fbpx
BELANDA menutup mulut para pengkritik apabila mencatat kemenangan besar menentang Sweden selepas sekadar seri diikat Jepun pada aksi pertama. - AFP

Piala Dunia 2026: Belanda mula capai standard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HOUSTON – Masalah ketajaman jentera serangan yang berjaya diselesaikan akhirnya memberikan kelegaan buat pengendali Belanda, Ronald Koeman apabila pasukannya berjaya meledak lima gol awal pagi semalam.

Pada pertemuan yang dianggap sukar dan getir buat Belanda yang sekadar terikat pada aksi pertama bertukar menjadi kegembiraan luar biasa buat The Oranje apabila mereka garang membelasah Sweden 5-1.

Masing-masing dua gol yang disumbangkan oleh Brian Brobbey dan Cody Gakpo serta satu jaringan Crysencio Summerville menyaksikan Koeman berjaya menghela nafas lega selepas dikritik hebat ekoran percaturan taktikal pada aksi pertama lalu.

“Jaringan pertama membolehkan kami melihat apa sebenarnya yang kami mahukan. Ia adalah hantaran yang hebat daripada Cody dan ia membolehkan kami memulakan perlawanan dengan baik. Sudah pasti kemenangan kali ini memberikan keyakinan kepada kami,” katanya.

Belanda sebelum ini telah dua kali melepaskan kelebihan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F menentang Jepun di Dallas hujung minggu lalu menyebabkanb tiga mata yang diraih serta peningkatan besar dalam perbezaan jaringan sangat diharapkan.

“Ya, sudah tentu kami memerlukannya. Apabila anda memulakan sesuatu kejohanan, anda mahu bermula dengan baik. Ia memberikan ketenangan. Terdapat juga sedikit tekanan kepada kami untuk menang.

“Kami melakukan banyak perkara dengan baik, tetapi walaupun menang 5–1 anda masih boleh melihat bahawa pada saat-saat tertentu, apabila pihak lawan mengubah cara permainan mereka, kami mengambil masa terlalu lama untuk menyedarinya,” tambahnya.

Koeman juga menjelaskan tiga mata kali ini mampu meredakan tekanan buat pasukan dan kini kualiti sama harus dipamerkan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Tunisia.

“Kami pastinya mahukan permulaan yang baik namun sekarang keputusan ini beri kelegaan buat kami. Ia adalah kemenangan yang hebat namun ia juga harus dilakukan lebih baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN