fbpx

Debut Syahmi sikit lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAHMI

PEMINAT Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa menunggu lebih lama untuk menyaksikan debut tonggak pertahanan baharu pasukan, Syahmi Safari yang masih dalam proses pemulihan ketika ini.

Ketua jurulatih skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora berkata, pemain bek kanan yang ditandatangani daripada Selangor FC itu mengalami kekejangan pada sesi latihan pramusim di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ketika ini.

“Syahmi Safari pula mengalami kekejangan kerana tidak biasa dengan sesi latihan berintensiti tinggi seperti di JDT. Namun, dia sudah pulih dengan baik dan sedia beraksi sejurus selepas sesi pemulihan,” kata dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Mora me­ngakui puas menyaksikan barisan pemain menunjukkan peningkatan prestasi tetapi pada masa sama agak terkilan kerana beberapa pemain terpaksa disisihkan kerana belum cergas sepenuhnya.

“JDT telah menjalani beberapa sesi latihan yang sangat baik di Dubai dan dapat menyesuaikan diri dengan sistem baharu dengan pelbagai variasi untuk persediaan kami menghadapi musim 2022.

“Selain itu, beberapa aksi perlawanan persahabatan pramusim antarabangsa yang diatur juga tampak menggalakkan.

“Bergson da Silva juga sudah pulih daripada stomach infection yang mengakibatkannya terlepas perlawanan terakhir, namun Hong Wan dan S. Kunanlan masih tidak dapat diturunkan kerana keracunan makanan,” katanya.

Skuad Harimau Selatan telah mengharungi tiga aksi persahabatan menentang kelab Slovakia, MSK Zilina yang berkesudahan 2-2; kelab UAE, Shabab Al Ahli (1-0) dan kelab Latvia, Riga FC (1-1) baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI