fbpx

20 individu leka berparti terkejut diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
20 individu yang didapati leka berparti di sebuah rumah di Darul Aman Perdana ditahan awal pagi ini.

SUNGAI PETANI – Keseronokan 20 individu termasuk dua wanita mengadakan parti persendirian di sebuah rumah di Darul Aman Perdana di sini membawa padah apabila ditahan dalam serbuan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dalam serbuan pada pukul 3 pagi itu, 18 lelaki dan dua wanita berusia antara 18 hingga 25 tahun didapati sedang leka berparti.

Beliau berkata, ketika serbuan semua suspek tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu penjarakan sosial.

“Semua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, ujian urin telah dilakukan ke atas kesemua suspek dan mendapati enam daripada mereka positif dadah jenis ketamin dan THC.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021 dan Seksyen 15(1) ADB 1952,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI