fbpx

Wanita cemas dikejar peminta sedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian seorang wanita mendakwa berdepan detik cemas dikejar oleh peminta sedekah.

PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa dirinya berdepan detik cemas kerana dikejar seorang lelaki peminta sedekah yang mahu meminta wang daripadanya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian @mya_ashwarofficial di media sosial, lelaki peminta sedekah tersebut bertindak mengejarnya selepas dia enggan memberi wang kepadanya.

“Sebenarnya dia nak minta sedekah, tetapi apabila saya cakap tiada (wang), saya harap dia faham dan terus pergi. Dia tidak pergi dan kejar saya seolah-olah mahu mendesak,” katanya.

Kata wanita itu lagi, semasa kejadian dia dalam perjalanan pulang dari kerja dan ingin menuju ke ruangan parkir kereta.

“Masa itu saya seorang sahaja dan rasa cemas, mujur sempat pergi berdekatan seorang wanita lain yang berada di ruangan parkir yang sama.

“Nasib baik lelaki tersebut tidak bertindak agresif dan terus pergi selepas itu,” katanya.

Sementara itu, dalam sebuah hantaran lain dimuat naik Mya memaparkan seorang wanita berusia lingkungan 30-an bertindak kasar kepada orang ramai ketika meminta sedekah.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas aktiviti mengemis secara paksa kerana bimbang akan membahayakan keselamatan orang awam terutama wanita.

Orang ramai yang membaca pendedahan Mya di media sosial memberi pelbagai reaksi dan ada yang mendakwa mereka pernah mengalami situasi hampir sama.

“Jaga diri yang keluar sendiri terutamanya sekitar Kuala Lumpur, bahaya ada dimana-mana,” kata Mehmet Izudin Gul.

“Saya pernah kena macam ini, tetapi situasi lain sedikit apabila saya berada dalam kereta dan peminta sedekah itu kejar saya,” kata Nanieyy. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI