fbpx
LUBY memilih untuk meninggalkan kerjaya di dalam bidang fesyen untuk menjadi pemandu trak. - AGENSI

Wanita gaji RM15,000 sebulan pandu treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Seorang wanita Hong Kong yang menceburi kerjaya sebagai pemandu lori  kontena meraih pendapatan HK$29,000 (RM15,000) sebulan, lapor akhbar The Standard semalam.

Wanita dikenali sebagai Luby itu sering berkongsi rutin harian kerjayanya di laman sosial. 

Klip Video  yang disiarkan mencatatkan lebih 230,000 tontonan dan membuka mata masyarakat kepada penglibatan wanita dalam sektor pengangkutan yang selama ini  didominasi oleh kaum lelaki. 

Menerusi temu bual bersama media tempatan, Luby berkata, dia pernah bekerja sebagai pemandu peribadi dan mengusahakan perniagaan pakaian sebelum beralih arah ke sektor pengangkutan. 

“Memandu adalah hobi saya. Sekarang saya boleh jadikan hobi saya sebagai pekerjaan. Saya tidak akan bosan, dan saya masih boleh mendapatkan wang,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN