fbpx

Bapa curi telefon bimbit demi anak belajar online dibebas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RC dilihat menangis dan melakukan sujud syukur selepas Pendakwaraya Negeri Pangkalpinang menggugurkan kesnya. – Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki di Bangka Belitung yang ditangkap kerana mencuri sebuah telefon bimbit akhirnya dibebaskan selepas polis mempertimbangkan situasi dia bertindak demikian supaya anaknya dapat menyertai sesi pembelajaran secara online, lapor laman berita Detik semalam.

Berdasarkan video yang dirakam ketika dia dibebaskan, lelaki yang hanya dikenali sebagai RC itu dilihat menangis dan melakukan sujud syukur selepas Pendakwa Raya Negeri Pangkalpinang menggugurkan kesnya.

Selain itu, anak lelaki tersebut turut diberikan hadiah berupa sebuah telefon bimbit oleh Ketua Pendakwa Raya Negeri Pangkalpinang, Jefferdian.

“RC didakwa mencuri telefon bimbit milik seorang mangsa di Alun-alun Taman Merdeka.

“Tujuan dia bertindak demikian adalah supaya ia dapat digunakan oleh anaknya dalam pembelajaran secara online,” kata Jefferdian.

Tambahnya, pengguguran kes tersebut dibuat selepas melakukan penilaian terperinci dan mempertimbangkan situasi keluarga tertuduh termasuk motif pencurian adalah agar anaknya dapat belajar.

“Selepas dinilai, mereka merupakan keluarga yang serba daif selain motif pencurian adalah bagi memastikan anaknya dapat belajar secara online menggunakan telefon bimbit,” ujar Jefferdian. – AGENSI 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI