fbpx

Curi telefon bimbit RM600, kena denda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Majistret Jelebu

JELEBU – Tindakan seorang lelaki mencuri telefon bimbit bernilai RM600 mengundang padah apabila dia didenda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Jelebu, di sini, hari ini.

Majistret Norshazwani Ishak menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Hakimi Hiqbal Mohd Shafie, 21, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa.

Majistret turut memerintahkan hukuman enam bulan penjara jika gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh di sebuah salun rambut di Jalan Dato Moyang Salleh, Kuala Klawang telah mencuri sebuah telefon bimbit jenama Honor 20 Lite milik seorang individu berusia 36 tahun yang dianggarkan bernilai RM600.

Kesalahan itu dilakukan pada 28 Mei lalu antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 tengah hari.

Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie, manakala tertuduh tiada diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI