fbpx
Tangkap layar tindakan kanak-kanak itu yang dilihat berlari seorang diri dekat sebuah jalan raya di Kota Permai, Pulau Pinang semalam.

[VIDEO] Ramai persoal keberadaan waris kanak-kanak lari atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA- Rata-rata orang ramai mempersoalkan keberadaan ibu bapa seorang kanak-kanak yang berlari di jalan raya di Kota Permai, Pulau Pinang semalam.

Menerusi perkongsian video oleh Khor Chew Boon di laman Facebooknya pada hari yang sama, kanak-kanak itu dilihat berlari seorang diri di jalan raya yang sibuk berdekatan Kota Permai menghala ke Bukit Minyak.

Berdasarkan video berdurasi 36 saat itu, kanak-kanak terbabit dilihat seakan-akan tidak mempunyai hala tuju memandangkan hanya berlari seorang diri tanpa pengawasan sesiapa terutamanya orang dewasa.

Lelaki itu kemudian memberhentikan keretanya dan mengambil kanak-kanak itu sebelum menghantar ke kedai kopi berhampiran untuk tindakan lanjut.

Susulan itu, orang ramai mula mempersoalkan keberadaan ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana tindakan itu berbahaya.

“Ibu bapa yang cuai, nasib baik jumpa orang yang prihatin. Kalau dijumpai penyamun sudah bawa ke Thailand,” kata Insurgensi Langkasuka.

“Mak ayah dia pergi mana, bahayanya, sudahlah jalan dekat situ sibuk,” ujar Farhana Momo.

“Bukan emak ayah tidak prihatin, mungkin anak ini istimewa. Moga baik-baik sahaja untuk semua orang,” kata Tinta Abadi. -K! ONLINE

POPULAR