fbpx

40,000 permohonan bantuan banjir dijangka selesai Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Dianggarkan sebanyak 40,000 permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) kepada mangsa banjir yang belum diagihkan kepada mangsa banjir dijangka diselesaikan Februari depan.

Pegawai Daerah Klang, Mohd. Faizal Abdul Raji berkata, pihak­nya dalam proses menyegerakan segala bantuan berkenaan demi keperluan mangsa banjir.

“Mungkin mengambil masa disebabkan jumlah permohonan terlalu banyak antara 30,000 hingga 40,000.

“Jadi, kita akan menyelesaikan dengan jangkaan pada sepanjang Februari ini kepada semua ­mangsa banjir,” katanya.

Berita berkaitan: Sudah sebulan, mana bantuan kami?

BWI adalah daripada Kerajaan Persekutuan, manakala BSB daripada kerajaan negeri dengan ma­sing-masing sebanyak RM1,000.

Mengulas lanjut, beliau me­ngakui menerima pelbagai reaksi dan komen susulan kelewatan pemberian kedua-dua bantuan itu daripada para mangsa.

“Justeru, kepada mereka yang belum mendapatkannya, kita harap bersabar kerana dalam proses pemberian,” katanya.

POPULAR