fbpx

PRN Johor: BN mahu bertanding solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohamad dipakaikan kain sari oleh R. Vidyanathan pada majlis Taklimat Pilihan Raya MIC Negeri Johor di Dewan Kompleks Mohamad Rahmat, Johor Bahru hari ini. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor berhasrat untuk bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kerana yakin mampu peroleh kemenangan majoriti lebih daripada dua pertiga kerusi.

Pengerusi BN Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, keputusan muktamad bagaimanapun tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti.

“Di peringkat negeri, kita dah mencadangkan untuk BN bergerak secara solo, secara bersendirian dalam PRN akan datang ini.

“Kita mahu bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor kerana kita yakin boleh menang lebih daripada dua pertiga kerusi,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Program Perasmian Penutup Program Taklimat Pilihan Raya MIC Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini hari ini.

Sementara itu, Hasni turut memberitahu tiada keperluan buat pihaknya mendapatkan persetujuan daripada parti lain yang membentuk kerajaan negeri bagi membubarkan DUN Johor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI