fbpx

OKT tular lari ’50 meter’ dijel 4 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thegayarajan (tengah) menundukkan muka ketika diiringi anggota polis untuk ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

BANGI – Seorang lelaki orang kena tangkap (OKT) yang tular melarikan diri 50 meter ketika menaiki trak polis di hadapan sebuah klinik minggu lalu, dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Theyagarajan, 24, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 9 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan, Theyagarajan didakwa dengan sengaja telah melarikan diri daripada jagaan anggota polis dimana tertuduh telah ditahan dengan sah di sisi undang-undang.

Kesalahan itu dilakukan di Klinik Kesihatan Beranang di sini pukul 11 pagi pada 11 Januari lalu (2022), mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman denda yang ringan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid memohon mahkamah mengenakan hukuman pemenjaraan dengan mengambil kira fakta kes selain tindakan tertuduh membahayakan orang awam.

“Kami (pendakwaan) memohon hukuman dalam bentuk pemenjaraan. Kebiasananya Ia akan menjadi pengajaran kepadanya dan orang awam agar tidak mengulangi perbuatan tersebut,” kata pihak pendakwaan itu.

KOSMO! Online 12 Januari lalu melaporkan melaporkan cubaan seorang lelaki yang juga OKT melarikan diri sebaik selesai ujian calitan Covid-19 tidak berpanjangan selepas dia ditangkap semula tidak jauh dari lokasi melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi di hadapan Klinik Kesihatan Beranang.

Kejadian itu juga tular di media sosial menerusi sebuah video berdurasi 38 saat yang memaparkan seorang lelaki OKT berpakaian tahanan berwarna ungu telah melarikan diri ketika urusan menaikkan OKT di dalam trak polis. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI