fbpx
Gambar hiasan.

PRN Johor: UMNO serah pada kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – UMNO menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada kerajaan negeri Johor dan Istana Johor untuk membuat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO pada Rabu lepas.

“Pelaksanaan PRN adalah terpulang kepada negeri Johor, kalau kata tidak sesuai ia terserah kepada negeri itu. Ia hal Johor,” katanya.

Terdahulu, MT UMNO memberi lampu hijau kepada parti itu untuk bersiap sedia menghadapi PRN Johor bagi mencari mandat baharu mendirikan kerajaan yang lebih stabil berbanding majoriti satu kerusi sekarang.

Kedudukan parti pemerintah berkelebihan 28 kerusi berbanding 27 dalam blok pembangkang dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Keyakinan UMNO juga dilihat dari sudut kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka, November lalu selepas menguasai 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus menyakinkan parti itu bahawa sokongan rakyat sudah berubah berbanding semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – K! ONLINE

POPULAR