fbpx

Syarikat pendidikan di China pecat hampir 60,000 pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARIKAT New Oriental Education & Technology Group Inc. di China dilaporkan memecat hampir 60,000 pekerja pada tahun 2021. - CFP

BEIJING – Syarikat gergasi penyedia perkhidmatan pendidikan swasta di China, New Oriental Education & Technology Group Inc. dilaporkan memecat hampir 60,000 pekerja pada tahun 2021, lapor laman berita Wion News kelmarin. 

Perkara itu berlaku selepas Beijing memperkenalkan peraturan baharu melibatkan pendidikan swasta di negara itu.

Pengasasnya, Yu Minhong mengesahkan berita itu menerusi catatan di akaun WeChatnya.

“Syarikat kami menghadapi ‘terlalu banyak perubahan pada  2021’ dan menyalahkan pemberhentian pekerja disebabkan ‘dasar-dasar, pandemik dan hubungan antarabangsa’. Kebanyakan perniagaan kami kekal dalam keadaan tidak menentu,” tulis Minhong. 

Tambah beliau, syarikatnya menyaksikan penurunan pendapatan sebanyak 80 peratus selepas menamatkan semua perkhidmatan pengajaran K-9nya. 

Dalam catatan lain, beliau berkata, walaupun selepas pemberhentian secara besar-besaran, syarikat itu masih mempunyai kira-kira 50,000 pekerja dan guru.

Mengikut laporan tahunan terkini, syarikat itu mempunyai lebih 88,000 pekerja sepenuh masa dan 17,000 guru dan kakitangan setakat Mei tahun lalu. 

Masih belum jelas sama ada pekerja kontrak itu adalah antara 60,000 orang yang telah dipecat.

Tahun lalu, syarikat itu membelanjakan AS$3.1 bilion (RM12.998 bilion) untuk membayar balik caj tuisyen prabayar kepada pelanggan. 

Tindakan dilakukan untuk memberi pampasan kepada pekerja yang diberhentikan. 

Syarikat itu turut kehilangan kira-kira AS$28 bilion (RM117.4 bilion) dalam nilai pasaran tahun lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI