fbpx

‘Orang nak tengok anak KJ divaksin, masuk televisyen dulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CATRIONA Ross antara yang lantang menyuarakan pendapat berhubung isu vaksin melibatkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

PETALING JAYA – Pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddi golongan kanak-kanak 5 hingga 12 tahun akan diberikan suntikan vaksin Pfizer baru-baru ini menerima reaksi pebagai orang ramai.

Turut lantang memberikan pendapat berkenaan perkara tersebut, pelakon dan pengacara, Catriona Ross atau nama sebenarnya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross.

Catriona seolah-olah memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia mungkin mahu melihat anak menteri divaksin dan dipaparkan secara langsung menerusi televisyen.

“Mungkin rakyat Malaysia sekarang nak tengok anak anda (KJ) divaksin dan dipancarkan menerusi TV nasional dulu,” tulisnya ringkas.

Catriona, 41, mengutarakan pendapat berkenaan pada satu paparan tajuk berita sebuah media arus perdana yang berjudul ‘Kanak-kanak 5 hingga 11 tahun bakal terima vaksin Pfizer, jangka pemberian di sekolah’.

Menerusi laporan tersebut, pilihan vaksin lain seperti vaksin Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI