fbpx

19 kematian dilaporkan akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 19 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan sebanyak 31,628 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sehingga kini sebanyak 6,382 kes,” demikian maklumat tersebut semalam.

Kesemua kematian tersebut dilaporkan di Selangor (4), Johor (3), Kelantan (2), Pahang (2), Sabah (2), Terengganu (2), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Perak (1) dan Pulau Pinang (1) serta tiada kematian di Kedah, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 39,779 kes aktif melibatkan 32,773 kes dikuarantin di rumah, 3,259 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,494 kes di hospital, 123 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 130 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI