fbpx

14 sungai di 6 negeri melebihi tahap bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Melaka berhampiran Rumah Awam Pantai Peringgit mula melimpah.

PETALING JAYA – Sejumlah 14 sungai di Pahang, Johor, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka merekodkan paras air melebihi tahap bahaya ekoran hujan berterusan.

Menerusi portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), beberapa sungai turut mencatatkan peningkatan sekali gus berisiko
untuk menyebabkan banjir di kawasan berkenaan.

Di Pahang, empat sungai di Jerantut, Raub, Maran dan Kuantan melepasi paras bahaya antaranya Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera menunjukkan sungai itu berada pada paras 33.38 m (meter) dengan trend menurun.

Selain itu, Paya Gintong di Jerantut mencatatkan bacaan 45.98 m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.98 m, Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran mencatatkan bacaan 28.04 m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.04 m serta Sungai Belat di Kuantan mencatatkan 5.23 m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.23 m.

“Di Selangor, Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat juga kembali meningkat dengan bacaan 4.21 m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.01 m dengan trend menurun.

“Di Johor, paras air turut meningkat di Sungai Segamat, Bandar Segamat selepas paras air melepasi tahap bahaya iaitu 10.47 m berbanding bacaan normal 9.14 m.

“Sementara itu, turut melebihi paras bahaya melibatkan Sungai Lenik di Ladang Chaah dengan bacaan 9.69 m dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur dengan bacaan 4.42 m,” katanya.

Di Kelantan, hanya melibatkan satu kawasan iaitu Kampung Sokor, Tanah Merah merekodkan bacaan 23.29 m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.79 m.

Dua sungai di Negeri Sembilan turut berada pada tahap bahaya membabitkan Sungai Muar di Pekan Rompin Kampung Berembang dengan bacaan 36.96 m dan 63.43 m.

“Di Melaka, beberapa sungai juga berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Kesang di Telok Rimba mencatatkan bacaan 3.76 m, Sungai Melaka di Melaka Pindah (12.3 m) dan Sungai Melaka di Bantu Hampar (2.88 m).

Oleh itu, orang ramai terutamanya yang berhampiran di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan seramai 13,717 daripada 4,127 keluarga dipindahkan ke 195 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 4 petang hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI