fbpx

Isteri buta tidak sedar suami mati ditembak di atas katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS membuat siasatan di rumah mangsa bagi mencari punca kejadian pembunuhan. – Pejabat Syerif Natchitoches Parish

NATCHITOCHES, LOUISIANA – Polis Louisiana, Amerika Syarikat, menemui mayat suami kepada seorang wanita buta di atas katil di rumah mereka dengan kesan tembakan pada badannya selepas wanita itu melaporkan ‘gagal menemui’ lelaki tersebut, lapor akhbar Metro UK semalam.

William Robert ‘Bob’ Lang Jr, 76, sebelum itu dilaporkan tidak berhubung lebih dari sehari dengan isterinya yang tinggal di rumah mereka di bandar Natchitoches pada Rabu lalu.

Sejurus tiba di kediaman tersebut, polis mendapatkan keterangan isterinya dan mendapati semua kenderaan Lang diparkir di rumah mereka.

Bagaimanapun, terdapat kesan pecah pada sebuah tingkap, lantas membuatkan polis melakukan pemeriksaan di dalam rumah.

Lang kemudiannya ditemui di atas katil rumah itu dengan beberapa kesan kecederaan akibat tembakan.

Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai pembunuhan yang disyaki walaupun belum ada sebarang penangkapan.

Laporan bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa isteri Lang yang cacat penglihatan itu tidak mendengar bunyi tembakan atau menemui mayat suaminya selama lebih 24 jam.

Bedah siasat telah dijalankan dan detektif telah menemu bual keluarga dan rakan mangsa serta mencari video pengawasan di kawasan itu bagi menyiasat kes tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI