fbpx

Aubameyang perlu buat pilihan tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG perlu mencari pasukan baharu untuk terus menghidupkan kariernya selepas Arteta mengakui tidak lagi memerlukan khidmatnya. – AFP

LONDON – Penggempur Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang, hampir pasti untuk meninggalkan Emirates pada jendela perpindahan kali ini dan tiga pasukan dilaporkan mempunyai potensi untuk menjadi majikan baharunya.

Masa depan Aubameyang bersama Arsenal tidak menentu apabila dilucutkan jawatan kap­ten ekoran pelanggaran disiplin selain tidak dipilih oleh pengurus pasukan itu, Mikel Arteta untuk berada di dalam skuad untuk lima aksi sebelum ini.

Difahamkan, tiga pasukan gergasi Serie A, Inter Milan, AC Milan dan AS Roma sedang memantau secara dekat perkembangan pemain ini untuk melihat sebarang potensi perpindahan yang mungkin wujud.

Selain daripada tiga pasukan berkenaan, gergasi Sepanyol, Barcelona dilaporkan masih berhasrat untuk membawa Aubameyang ke Camp Nou biarpun mereka sudah berjaya mendapatkan khidmat Ferran Torres dari Manchester City.

Biarpun dibenar untuk kekal bersama Arsenal sehingga kontraknya berakhir, namun Arteta secara jelas memberitahu bahawa Aubameyang tidak akan berada dalam perancangannya untuk saingan musim hadapan.

Bagaimanapun, sesetengah pemerhati percaya Aubame­yang mungkin akan memilih Perancis sebagai destinasi baharu kariernya supaya dia lebih dekat dengan ibunya yang tinggal di Laval, barat negara itu.

Sepanjang empat musim bersama The Gunners, Aubame­yang membuat 163 penampilan dan meledak 92 jaringan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI