fbpx

Perompak dibelasah pekerja restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat pekerja belasah perompak.

PETALING JAYA – Empat pekerja kedai makan berjaya menahan dan membelasah perompak yang cuba menyamun sebuah kedai makan.

Berdasarkan perkongsian video berdurasi satu minit 56 saat di laman Facebook @KimHeongLim, perompak tersebut yang lengkap memakai topi keledar pada mulanya dilihat menghampiri kaunter bayaran di kedai tersebut.

Bagaimanapun, salah seorang pekerja bertindak cepat dengan cuba bergerak ke satu tempat untuk mengambil kerusi secara diam-diam sebelum melibas perompak tersebut.

Keadaan menjadi kecoh apabila pekerja di kaunter, perompak dan kakitangan lain bergelut sehinggakan meja kaunter berselerak.

Tidak lama kemudian perompak tersebut akhirnya berjaya ditahan malah boleh dikatakan teruk dibelasah oleh mereka.

Walaupun lokasi kejadian tidak dinyatakan, tarikh pada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tersebut menunjukkan ianya berlaku pada 26 Disember lalu kira-kira pukul 8 malam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai puas hati kerana perompak itu gagal merompak dan berjaya dibelasah.

“Pengajaran buat semua. Buatlah kerja berfeadah. Allah bagi cukup sifat usaha cari rezeki yang halal,” kata @ShahMyra.

“Kalau dapat tangkap dekat kedai makan patutnya siram dengann minyak panas. Biar dia ingat seumur hidup,” jelas @MarcusChin.

“Perrrghhh sedap hayun kena. Kalau kerusi tu besi semua mau bengkok badan. Puas hati tengok,” ujar @ShamsulSam – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI