fbpx

Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan lelaki tersebut membuat origami menggunakan helaian al-Quran.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki warga asing menggunakan helaian al-Quran untuk dijadikan origami dikecam orang ramai.

Lelaki tersebut merakam tindakannya itu dan memuat naik video berkenaan di akaun YouTubenya, Acts17Apologetics.

Melalui salah satu videonya, dia menyatakan origami menggunakan helaian al-Quran adalah satu seni mengubah sesuatu yang jahat kepada benda yang indah.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati akain YouTube tersebut sudah mula ‘diserang’ oleh pengguna media sosial dari Malaysia dan Indonesia yang rata-ratanya mengecam tindakan lelaki tersebut.

Selain itu, beberapa pengguna media sosial turut berkongsi tangkap layar akaun YouTube tersebut dan meminta agar orang ramai melaporkan akaun berkenaan.

“Al-Quran ini sangat mulia, ia mempunyai unsur mukjizat bukan untuk dipermainkan atau diperolok-olokkan,” kata M.Zhorfan.

“Your mother is HIJAU, your grandfather is pink, your grandmother is HITAM, your father is KELABU,” kata Khairrul.

“Yang buat pun David Wood. Anti Islam nombor 1, no wonderlah (Tidak hairanlah),” kata Rohimin.

Sehingga kini, video origami tersebut masih belum dipadam dari akaun berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI