fbpx

3 suspek bunuh seorang lelaki diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tiga lelaki warga tempatan berjaya diberkas selepas disyaki membunuh seorang lelaki di Jalan Ampang pada Rabu lalu.

Difahamkan, mangsa yang berusia 55 tahun itu telah ditemui terbaring dan tidak sedarkan diri dengan keadaan kepala berdarah dipercayai akibat dipukul oleh ketiga-tiga suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, terdapat saksi telah melihat mangsa dipukul oleh ketiga-tiga suspek pada 28 Disember lalu kira-kira pukul 6 petang.

“Pada Rabu lalu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi telah melakukan tangkapan ke atas dua suspek berusia 28 dan 32 tahun sekitar Jalan Ampang kira-kira pukul 4 petang hingga 8.30 malam.

“Hasil soal siasat telah membawa kepada tangkapan terakhir semalam di mana seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun yang juga suspek utama telah ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari di sekitar Lorong Haji Taib, Chow Kit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, dua suspek tangkapan pertama telah direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Rabu depan manakala suspek utama akan dipohon reman pada hari ini.

“Kita masih menjalankan siasatan terhadap motif pembunuhan mangsa dan kes ini akan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis Kuala Lumpur juga ingin memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI