fbpx

29 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 29 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian di seluruh negara sebanyak 31,221 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Daripada jumlah tersebut, terdapat enam kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) menjadikan jumlah kes BID sebanyak 6,305 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Pahang (6), Perak (5), Kedah (4), Johor (3), Selangor (3), Terengganu (3), Sabah (2), Kelantan (1), Melaka (1) dan Negeri Sembilan (1) serta tiada kematian di Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 49,395 kes aktif melibatkan 42,043 kes dikuarantin di rumah, 3,443 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,571 kes di hospital, 152 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 186 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,519 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (945 kes), Johor (467 kes), Kelantan (375 kes), Kuala Lumpur (279 kes), Kedah (219 kes), Pahang (214 kes), Terengganu (210 kes), Sabah (202 kes), Pulau Pinang (192 kes), Perak (158 kes), Negeri Sembilan (121 kes), Melaka (67 kes), Sarawak (30 kes), Putrajaya (20 kes), Perlis (lapan kes) dan Labuan (tujuh kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI