fbpx

Banjir: 500 terperangkap dalam kampung ‘pulau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH (kiri) mendukung bayi perempuan Azmi (kanan) yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor, petang tadi.

KUALA SELANGOR – Seramai 500 penduduk Kampung Bestari Jaya di sini, masih terperangkap dan terputus hubungan berikutan perkampungan itu ibarat ‘pulau’ yang dilanda banjir sejak semalam.

Bencana itu susulan pertembungan air antara kawasan sebuah bekas lombong dan Sungai Rantau Panjang berdekatan kawasan tersebut.

Selain 250 rumah dinaiki air, penduduk tidak dapat keluar berikutan jalan utama kampung itu masih pada paras dada atau setinggi dua meter (m).

Penduduk, Azmi Ahmad, 35, ketika kejadian dia bersama isteri, Rahimah Merah, 41, yang masih berpantang dan bayi perempuan berusia sebulan sedang berehat di rumah mereka, kira-kira pukul 7.30 petang.

“Hujan lebat berterusan menyebabkan air naik hingga paras lutut dan kami segera keluar menyelamatkan diri.

“Kami sempat mengambil dokumen penting dan mengalihkan kereta ke kawasan selamat,” katanya ketika ditemui di Dewan Orang Ramai kampung itu, petang tadi.

Turut hadir, Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar yang meninjau lokasi banjir dan menyalurkan bantuan barangan keperluan asas kepada mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI