fbpx

Anak tikam ibu dengan keris selepas bertengkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Mohsin menunjukkan keris yang digunakan suspek untuk menikam ibunya dalam kejadian di RPA Arau hari ini.

ARAU – Seorang lelaki berusia 31 tahun tergamak menikam ibunya dengan keris selepas berlaku perselisihan faham antara mereka di hadapan sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa berusia 60 tahun mengalami kecederaan di bahagian belakang rusuk kiri sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dekat sini dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, suspek sebelum itu bertikam lidah dengan ibunya dipercayai berkaitan masalah keluarga.

Katanya, lelaki terbabit kemudian bertindak menikam ibunya dengan sebilah keris hiasan berukuran 30 sentimeter ketika mereka berada di bahagian luar hadapan rumah mereka.

“Ketika kejadian berlaku, hanya suspek yang merupakan anak keempat daripada lima beradik dan mangsa berada di rumah manakala bapa suspek mempunyai urusan di luar.

“Jiran-jiran yang menyaksikan kejadian bertindak menghubungi pihak polis dan mangsa seterusnya dikejarkan ke HTF yang mana dia dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI