fbpx

33 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 33 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 30,989 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di Malaysia sebanyak 6,270 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini

Kesemua kematian dilaporkan di Terengganu (7), Kelantan (5), Selangor (5), Perak (4), Kuala Lumpur (4), Johor (3), Kedah (3) dan Pahang (2) serta tiada kematian di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 59,989 kes aktif melibatkan 47049 kes dikuarantin di rumah, 5,279 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,277 kes di hospital, 171 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 213 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,900 kes harian semalam dilaporkan di Selangor (1,134 kes), Johor (403 kes), Kuala Lumpur (325 kes), Pahang (318 kes), Pulau Pinang (279 kes), Kedah (263 kes), Perak (234 kes), Sabah (224 kes), Terengganu (205 kes), Negeri Sembilan (202 kes), Kelantan (111 kes), Melaka (95 kes), Sarawak (50 kes), Putrajaya (22 kes), Perlis (21 kes) dan Labuan (14 kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI