fbpx
FIRMINO (kanan) kembali pulih daripada masalah kecederaan dan bakal menjadi tonggak penting menjelang aksi menentang Villa di Anfield malam ini. – AFP

Firmino bakal tambah sengat Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Kehadiran se­mula penyerang, Roberto Firmino dalam sesi latihan Liverpool menghadirkan perkhabaran positif dan kelegaan buat pasukan itu menjelang pertemuan menentang Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris malam ini.

Firmino mengalami kece­deraan hamstring ketika kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Atletico Madrid awal November lalu dan kini kembali menjalani latihan penuh pasukan bersama dua lagi pemain lain, Joe Gomez dan Naby Keita.

Pertahanan The Reds, Virgil Van Dijk antara pemain yang cukup gembira dengan keha­diran semula Firmino yang dilihat mampu menjadikan jentera serangan pasukan itu lebih tajam.

“Bobby, Naby, Joe, Hari yang cukup menarik,” kata Van Dijk menerusi video yang dimuat naik di laman sesawang Liverpool.

Sekali pun tanpa Firmino, Liverpool kekal cemerlang dan berjaya memenangi enam daripada tujuh perlawanan yang diharungi

Pemulihannya jelas lebih cepat berbanding jangkaan pengurus pasukan, Jurgen Klopp yang merasakan Firmino terpaksa disisih lebih lama.

Sepanjang ketiadaannya, tempat Firmino diisi oleh Diogo Jota yang digandingkan bersama, Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Sementara itu, pemain tengah Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain menyatakan kemenangan ke atas AC Milan di Liga Juara-Juara meletakkan pasukan itu berada dalam situa­si lebih baik.

“Saya fikir pasukan ini berada pada tahap terbaik dan menjadi lebih baik berbanding apa yang kami sudah lakukan,” katanya. – AGENSI

POPULAR