fbpx

13 diberkas, polis rampas syabu RM10.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin Husain (tengah) menunjukkan bungkusan dadah dipercayai jenis syabu yang dirampas dalam dua serbuan di sekitar Lembah Klang, awal di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mematahkan dua sindiket pengedaran dadah selepas menahan 13 lelaki dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang pada 29 dan 30 November lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya merampas 285.47 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM10.271 juta.

“Seramai 13 suspek berusia 21 hingga 53 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan dan pengedaran syabu diberkas.

“Kita percaya bekalan dadah ini bukan sahaja untuk pasaran Sabah dan Sarawak, malah untuk negara luar seperti Filipina, Australia dan Indonesia,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Siasatan mendapati sindiket itu aktif sejak 6 bulan lalu dan menggunakan perkhidmatan kurier untuk menjalankan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah.

Polis merampas tiga buah kereta, tujuh utas barangan kemas dan seutas jam tangan.

“Tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, dimana polis menyita aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM194,200,” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI