fbpx

Enam penghuni Puspen larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batholomew (dua dari kanan) menunjukkan semua gambar enam penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Papar yang melarikan diri Sabtu lalu.

PAPAR – Polis Papar memburu enam penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Paparselepas melarikan diri pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, semua penghuni terdiri dari lelaki warga tempatan berumur 20 sehingga 40-an.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, semua tahanan terbabit dilaporkan baru saja dimasukkan ke pusat sekitar hujung November lalu.

“Kita percaya mereka sudah merancang lebih awal untuk melarikan diri membabitkan 11 penghuni Puspen. Bagaimanapun, hanya enam sahaja yang berjaya keluar dengan memanjat tembok pagar pusat terbabitkan dalam keadaan hujan.

“Semua penghuni yang melarikan dipercayai menaiki tembok pagar dengan memanjat badan antara satu sama yang lain sehingga berjaya keluar namun lima daripada mereka gagal berbuat demikian ekoran pagar terlalu tinggi.

“Enam suspek berkenaan berpakaian biasa ketika kejadian dan dipercayai masih berada di sekitar daerah Papar,” katanya ketika pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI