fbpx

10 ditahan buru babi luar kawasan permit memburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Azran (dua, kanan) menunjukkan peta lokasi jalan raya yang dikenakan Operasi Khas Op Roda di Balai Polis Cyberjaya di sini, hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Sekumpulan 10 lelaki ditahan selepas didapati memburu binatang di luar kawasan dibenarkan di Jenderam Hulu, Dengkil, semalam.

Kesemua suspek berusia 30 hingga 55 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 petang semalam bersama dua kenderaan pacuan empat roda dan seekor babi yang sudah ditembak mati.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima aduan awam mengenai kegiatan menembak babi di Jalan Dato’ Empat Abu Kampung, Jenderam Hulu.

Beliau berkata, sepasukan polis dihantar ke lokasi berkenaan sebelum menemui 10 lelaki bersama dua kenderaan dan seekor babi.

“Kami menemui sepucuk senapang patah api jenis Benelli Armi S.P.A, 18 butir peluru, permit senjata dan permit memburu serta dua pacuan empat roda jenis Mitsubshi Triton dan Ford Ranger.

“Siasatan awal mendapati, semakan permit senjata api dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dan diberikan syarat tambahan untuk berburu babi hutan bermula bulan Ogos sehingga Disember.

“Kawasan buruan yang dibenarkan pula hanyalah di kawasan Serdang bertarikh 2 September 2021,” katanya pada sidang akhbar ketika melancarkan Ops Roda di sini hari ini.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Senjatapi 1960. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI