fbpx

Ugut bunuh pekerja restoran, tukang masak direman 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan suspek membawa pisau dan didakwa mengugut untuk membunuh mangsa dalam kejadian kelmarin

KUALA LUMPUR – Seorang tukang masak yang didakwa mengugut seorang pekerja di sebuah restoran di Jalan Kaskas 3, Taman Cheras sepertimana rakaman video tular di media sosial telah berjaya ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, lelaki berusia 62 tahun itu ditahan ketika dia berada di bilik sewanya di atas restoran berkenaan.

“Suspek yang bekerja sebagai seorang tukang masak di sebuah restoran berdekatan Jalan Kaskas, Cheras akan direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Kelakuan suspek itu adalah kejadian kali pertama, suspek naik marah kerana dituduh membuang sampah dan air dari atas sedangkan itu bukanlah perbuatannya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek tinggal di bilik sewa itu sejak beberapa bulan lalu dengan kadar sewa RM400 sebulan.

“Suspek juga tidak fasih berbahasa Melayu semasa rakaman percakapan dilakukan dan mengaku mula bergaduh dengan mangsa kelmarin,” katanya.

Katanya, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Terdahulu, dalam kejadian sekitar pukul 7 pagi kelmarin, suspek telah datang berjumpa mangsa yang sedang bekerja di sebuah restoran di Jalan Kaskas 3, Taman Cheras, dekat sini sambil membawa sebilah pisau pemotong sayur.

Suspek didakwa telah memarahi dan mengugut untuk membunuh mangsa selepas berang dengan tindakan mangsa yang menuduh suspek kerap membuang air serta sampah dari atas restorannya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI