fbpx

Akram kecewa terlepas bersama Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKRAM akur tidak dapat menyertai skuad Harimau Malaya susulan kecederaan yang memerlukannya berehat panjang.

PEMAIN tengah Kuala Lumpur (KL) City, Muhammad Akram Mahinan menyuarakan kekecewaan selepas dia digugurkan daripada skuad bola sepak kebangsaan yang akan beraksi pada kejohanan Piala Suzuki AFF bermula Ahad nanti.

Akram yang merupakan nadi skuad Harimau Malaya terpaksa digugurkan oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe selepas dia me­ngalami kecederaan yang memerlukannya berehat panjang.

Pemain kelahiran Kulim, Kedah itu dilaporkan mengalami kecederaan pangkal paha ketika membantu KL City menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 di perlawanan akhir, Selasa lalu.

Akram nyata terkilan apabila tidak dapat membantu pasukan negara pada Piala AFF, namun menjelaskan, dia perlu berehat bagi memastikan kecederaan tersebut tidak berlarutan.

“Saya ada mengalami kecede­raan pangkal paha ketika beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum ini. Ia berlaku ketika perlawanan memasuki minit ke-20, tetapi saya makan ubat tahan sakit dan balut ketat-ketat untuk bertahan.

“Tidak dinafikan memang saya sangat kecewa kerana tidak dapat membantu pasukan negara memandangkan saya benar-benar berada dalam keadaan bersedia untuk beraksi dalam Piala AFF kedua,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain Akram, rakan sepasukannya di KL City, Kenny Pallraj juga terpaksa melupakan sai­ngan Piala AFF apabila turut digugurkan daripada skuad ­Harimau ­Malaya akibat kecederaan.

“Saya anggap bukan rezeki saya untuk beraksi pada edisi kali ini. Menurut doktor, saya perlu berehat selama dua minggu bagi memastikan kecederaan ini pulih sepenuhnya,” ujarnya.

Dalam saingan kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Kemboja, Indonesia, Laos serta Vietnam dan akan memulakan saingan dengan menentang Kemboja di Stadium Bishan, Singapura pada 6 Disember ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI