fbpx

Tip bercuti dengan haiwan kesayangan tanpa stres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELAKKAN bercuti pada hari minggu dan cuti umum kerana haiwan kesayangan anda mungkin kurang selesa dengan kehadiran ramai pengunjung.

RASA cinta mendalam terhadap haiwan peliharaan boleh mendorong sesetengah individu sanggup berhabis wang ringgit untuk keselesaan si comel mereka.

Bukan itu sahaja, malah ada antara pemilik yang menganggap haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing sebagai sebahagian daripada ahli keluarga mereka.

Justeru tidak hairanlah, ada antara pemilik yang sanggup membawa haiwan peliharaan ke mana sahaja termasuk bercuti di dalam atau luar negara.

Hakikatnya, proses membawa haiwan bercuti tidak semudah disangka kerana ia memerlukan perancangan rapi supaya percutian berjalan lancar.

Hal ini kerana, keperluan haiwan peliharaan berbeza dengan manusia.

Segala aspek perlu diberi perhatian bagi memastikan haiwan tersebut berasa selesa sepanjang percutian.

Kehadiran haiwan peliharaan juga boleh menjadi penyebab anda tersangkut di lapangan terbang, dihalau dari hotel atau dilarang memasuki restoran.

Justeru, minggu ini, Horizon berkongsi beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anda berhajat membawa haiwan peliharaan bercuti.

1. Buat persediaan

Jika pertama kali membawa haiwan kesayangan bercuti, pastikan ia betul-betul sihat sebelum memulakan perjalanan.

Dapatkan nasihat doktor haiwan mengenai cara perjalanan dan destinasi dituju.

Anda juga perlu memastikan haiwan peliharaan dibersihkan sebelum bercuti.

Pastikan juga anda mengetahui setiap peraturan ditetapkan syarikat penerbangan sekiranya membawa bersama haiwan peliharaan.

2. Orang sekeliling

Walau di mana anda menginap, pastikan tempat tersebut mesra haiwan dan selamat.

Jika tinggal bersama rakan atau keluarga di hotel ketika bercuti, pastikan mereka selesa dengan haiwan yang dibawa.

Paling penting, anda perlu memerhatikan interaksi kanak-kanak dengan haiwan kesayangan. Ini kerana, golongan itu gemar melakukan sesuatu di luar jangkaan.

PASTIKAN si comel dibersihkan terlebih dahulu sebelum membawanya bercuti.

3.Utamakan keselamatan

Pastikan membawa bekalan ubat-ubatan dan makanan yang diperlukan oleh haiwan kesayangan anda ketika bercuti.

Hal ini kerana, dibimbangi berlaku kejadian di luar jangkaan.

Kenal pasti juga klinik veterinar berdekatan atau menyimpan nombor telefon mereka bagi memudahkan urusan ketika kecemasan.

Paling penting, pastikan maklumat peribadi anda lengkap termasuk nombor telefon pada tag yang diletakkan pada haiwan.

4. Bercuti pada hari biasa

Elakkan bercuti pada hari minggu atau cuti umum bagi mengelakkan kesesakan di dalam pengangkutan awam atau lokasi dituju.

Ia bukan sahaja memberi keselesaan kepada anda, malah kepada haiwan peliharaan.

Sekiranya anda memandu kenderaan, lebih mudah untuk berhenti di kawasan rehat dan rawat, sekali gus memudahkan si comel bergerak bebas.

MEMANDU kenderaan sendiri membolehkan anda berhenti di tempat rehat dan rawat tanpa perlu bersesak dengan orang ramai untuk menguruskan keperluan kucing kesayangan.

5. Bawa kelengkapan

Makanan dan tandas mungkin tidak menjadi masalah kepada anda ketika bercuti.

Namun, ia mungkin menjadi ‘bencana besar’ bagi haiwan peliharaan.

Sesetengah kucing sangat sensitif terhadap jenis pasir untuk membuang najis.

Justeru, pastikan anda membawa pasir yang sering digunakan di rumah ketika bercuti. Begitu juga dengan makanan, sebaiknya bawa yang bersesuaian bagi mengelak haiwan peliharan sakit perut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI