fbpx

Kematian Covid-19 di Terengganu akibat tidak menerima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Majoriti kematian disebabkan wabak Covid-19 yang berlaku di Terengganu terdiri daripada mereka yang tidak pernah menerima suntikan vaksin.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, sebanyak 77.5 peratus atau 595 daripada 768 kematian Covid-19 yang tercatat di negeri tersebut terdiri daripada golongan tersebut.

Beliau berkata, 85.7 peratus daripada kematian Covid-19 di Terengganu juga dalam kalangan pesakit yang memiliki penyakit komorbid berganda seperti diabetes, obesiti, lemah jantung dan tekanan darah tinggi.

“Kematian juga tinggi dalam kalangan pesakit berusia 50 tahun ke atas iaitu 66.1 peratus daripada keseluruhan kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan sehingga hujung bulan lalu.

“Sebahagian pesakit warga emas yang meninggal dunia itu telah lengkap vaksinasi Covid-19 tetapi masih belum menerima dos penggalak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kasemani berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kandungan imuniti dalam badan warga emas berkenaan telah berkurangan kerana menerima vaksinasi lebih awal namun masih tidak menerima dos penggalak.

Beliau menambah majoriti pesakit Covid-19 kronik yang menerima rawatan di wad rawatan rapi (ICU) hospital di Terengganu dalam tempoh lima minggu kebelakangan ini turut terdiri daripada mereka belum menerima dos penggalak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI