fbpx

Pura-pura demi nak sedapkan publisiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular video Tauke dan seorang wanita dikatakan berkahwin baru-baru ini.

SEPERTI gula-gula, terdedah sahaja daripada pembalut atau penutupnya, pasti ada semut datang menghurung, mengutip manis atau menumpang keramaian, golongan popular, artis, juga sedemikian.

Jika sudah popular, buruk atau indah pasti akan jadi perbualan. Buat perkara baik seperti bernikah secara gilang-gemilang akan tarik pujian, bernikah diam-diam dan tular, semestinya jadi kecaman atau mengundang prasangka, apatah lagi kalau artis itu sendiri berada dalam lingkungan sensasi.

Begitulah yang yang terjadi kepada Tauke Jambu baru-baru ini. Lagi-lagi Tauke. Tak habis-habis dengan cerita pelik. Tidak lama selepas bebas dakwaan sebagai ‘bapa ayam’, parut sensasi yang belum sembuh kembali ditumbuhi kudis dengan kisah iklan kahwin promosi ubat kuat yang bukan main agresif lagi dipromosikan dalam media sosialnya.

Iklan dan gimik memang dua daripada senjata publisiti. Tauke barangkali sedia maklum apakah tarikan yang sinonim dengan dirinya sebelum merangka sebarang kempen atau cerita gimik sesuatu produk yang hendak dicanang.

Tauke sudah hebat apabila mencipta tular yang sungguh dekat dengan perwatakannya. Hiduplah dalam kurun ke berapa sekali pun, isu berkahwin sembunyi-sembunyi tak pernah tak kecoh. Tak kisahlah ‘Mak Leha sebelah rumah’ atau ‘Pak Maun kaki dangdut’ terjebak cerita kahwin lagi, satu kampung pasti riuh.

Jadi, Tauke seharusnya ketawa dan ketawa sahaja melihat gelagat netizen yang mengecam dan berkata apa sahaja kepada dirinya. Tidak perlu mengaitkan segala sesuatu dan membuat hantaran-hantaran bersalut iman, tentang takwa dan kerohanian pengabdian buat agama dan Tuhan.

Melihat kepada pengakuan Tauke dan isterinya dalam video iklan tersebut sebenarnya memberi satu amaran awal bahawa betapa banyak lagi cerita hampir serupa akan dibikin golongan artis demi memenuhi strategi kempen produk masing-masing.

Untuk netizen atau media sendiri, sekarang bukanlah masanya kita semua percayakan perangai-perangai pelik artis dalam media sosial.

Berdebatlah, bercakaplah kerana itu hak semua orang, cuma dalam sesetengah perkara, anggaplah cerita-cerita yang berlegar secara tanpa ada kesahihan yang keluar dari mulut artis itu adalah

‘propa’ (pura-pura) hanya untuk menyedapkan publisiti. Itu hakikatnya yang ditelan sejak lebih 20 tahun menjadi penulis hiburan, setiap masa selalu sahaja tertipu dengan artis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI