fbpx

Lelaki cabul anak tiri selepas balik taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Perbuatan seorang lelaki yang tergamak mencabul anak tirinya berusia enam tahun terbongkar apabila ditangkap di rumahnya di sekitar Taman Sri Andalas di sini semalam.

Penangkapan suspek berusia 30an itu dilakukan kira-kira pukul 8 malam selepas kanak-kanak perempuan berkenaan memaklumkan kejadian tersebut kepada bapa kandungnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian dikatakan berlaku pukul 12 tengah hari pada Isnin lalu di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Katanya, mangsa dicabul selepas pulang dari taska dengan semasa kejadian hanya mangsa dan suspek berada di rumah tersebut.

“Suspek dikatakan telah menyentuh kemaluan kanak-kanak tersebut sebelum mangsa bertindak memaklumkan kejadian tersebut kepada bapa kandungnya.

“Kita yang menerima laporan polis kemudiannya telah berjaya menahan suspek di rumahnya pukul 8 malam tadi,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah hasil siasatan mendapati ibu mangsa dan suspek baharu sahaja berkahwin pada awal Januari lalu.

Hoong Fong memberitahu, mangsa dijaga secara bergilir antara ibu dan bapa kandungnya itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan sama ada ini merupakan kali pertama suspek bertindak sedemikian terhadap mangsa.

“Kita telah mendapat perintah reman selama enam hari terhadap suspek dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI