fbpx

Budak hidap jantung berlubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUI HAU (kanan) bergambar bersama ibu bapa Nur Afia Mikayla (didukung) yang membuat aduan di Pusat Kebajikan One Hope di Seberang Perai baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Malang menimpa seorang kanak-kanak perempuan apabila terpaksa berdepan dengan perjalanan sukar dalam hidupnya selepas disahkan menghidap penyakit jantung berlubang hingga terpaksa dibedah buat kali keempat dalam masa terdekat.

Nur Afia Mikayla Abdul Kha­liq, 2, memerlukan wang seba­nyak RM90,000 bagi menampung kos pembedahan selepas dia didiagnos mempunyai kecacatan jantung konginental iaitu kedudukan jantung tidak normal atau Mesorcadia.

Pengerusi badan amal, One Hole Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, keluarga kanak-kanak itu tampil mengadu kepada pihaknya bagi mendapatkan bantuan orang ramai kerana Nur Afia Mikayla perlu menjalani rawatan segera.

“Bapanya berusia 24 tahun dan bekerja sebagai penghantar barang di Penaga, Kepala Batas dengan gaji pokok RM1,250 sebulan, manakala ibunya berusia 23 tahun tidak bekerja.

“Nur Afia Mikayla amat memerlukan bantuan orang ramai bagi menjalani pembedahan itu biarpun setakat ini dia tidak menunjukkan simptom ketara selain ada tanda cyanosis atau kebiruan pada jari dan bibir,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, Nur Afia Mikayla telah menjalani dua kali pembedahan jantung pada usia dua bulan dan pada umur setahun, dia telah menjalani pembedahan ketiga di sebuah hospital swasta di negeri ini.

Menurut Sui Hau, selepas pembedahan itu dia perlu ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut secara berkala.

“Berdasarkan pemeriksaan baru-baru ini, pakar jantung telah memutuskan satu pembedahan jantung pelengkap perlu dijalankan segera untuk menyelesaikan masalah jantung berlubang yang dihadapinya sejak dia kecil,” katanya.

Orang ramai yang mahu meng­hulurkan bantuan untuk membantu kanak-kanak itu boleh menghubungi talian 016-419 2192, 019-232 2192 dan 04-539 9212 atau me­nyalurkan bantuan terus menerusi akaun Public Bank Berhad milik One Hope Charity & Welfare di nombor 3201428817. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI