fbpx

Pemandu towing cedera parah dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang terbaring di atas jalan selepas dilanggar sebuah lori di kilometer 277.8, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), di sini, semalam.

SEREMBAN – Seorang pemandu towing cedera parah apabila dilanggar sebuah lori selepas selesai menunda sebuah kenderaan di kilometer 277.8, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman, kemalangan dari arah Utara menghala ke Nilai berkenaan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu dua buah lori dan sebuah kereta.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori jenis Daihatsu Delta yang dipandu seorang lelaki berumur 47 tahun dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Kuala Lumpur telah hilang kawalan sebelum terbabas melanggar sebuah lori tunda dan sebuah kereta Myvi yang berada di lorong kecemasan.

“Pada waktu kejadian, pemandu lori tunda yang berada di sisi lori beliau selepas selesai menaikkan kenderaan Produa Myvi yang mengalami masalah teknikal turut dilanggar oleh lori yang terbabas,” katanya ketika dihubungi tadi.

Mohd. Fazley berkata, akibat kemalangan, mangsa iaitu pemandu lori tunda mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban bagi rawatan lanjut.

Menurutnya, pemandu lori dan pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) APJ 1987.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI